KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID
STRUKTUR AYAT
____________________________________________________________
 | Sesuatu ayat terdiri daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. |
| Subjek | Predikat |
Mereka itu
Masjid itu | pegawai polis
besar |
 | Dalam Bahasa Melayu, terdapat empat jenis ayat: ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
|
 | Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan sesuatukan cerita, benda atau kejadian.
 | Contoh: Ali seorang budak lelaki. |
|
 | Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara.
 | Contoh: Adakah Ali seorang budak lelaki? |
|
 | Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, menjemput atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
 | Contoh: Ali, tolong lapkan meja ini. |
|
 | Ayat seruan merupakan ayat yang digunakan untuk mengeluarkan perasaan takut, marah, hairan dan sebagainya.
 | Contoh: Wah, cantiknya rumah ini! |
|
No comments:
Post a Comment