Friday, 11 December 2015

LATIHAN PERIBAHASA


KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

LATIHAN PERIBAHASA

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


1 Nenek Murni tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah 

kerana dia _______________.

A buta hati

B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji



2 Atan tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap

___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu



3 Semasa menaiki pesawat ke Kuching, adik tidak henti-henti berbual

kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

                           

4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum

pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong



5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah

mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak



6 Kamal dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai

jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri



7 Puan Hanita masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya

walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati



8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Perabot Arian.

A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga



9 Kaguna ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah

dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati



10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para

penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan



11 Keadaan Sanif ______________________ menyebabkan dia tidak mahu

menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang

D bagai balak terendam


12 Jamilah dan Asmah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga



13 Kebanyakan penduduk setinggan Kampung Batu ________________________

kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang



14  Pak Mail _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.

A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu



15 James Wong dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang



16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Lee Wei  dan adik-adiknya

_________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali



17 Encik Chong  _________________________ setelah menerima panggilan

ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala



18 Mak Jah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan

jiran tetangganya __________________________________ .
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga



19 Jalan raya menuju ke Bukit Fraser agak curam dan bengkang-bengkok

seperti __________________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu



20 Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Dali telah

melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas



21 Lili berasa _____________________ kerana gagal memecahkan

rekod dalam acara 100 meter.
A makan hati
B iri hati
C ada hati
D buah hati



22 Pada cuti hujung minggu, Encik Daud membawa keluarganya _____________

ke taman bunga.
A ambil hati
B ambil langkah
C ambil ringan
D ambil angin



23 Kunalan  ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam

pertandingan bercerita itu.
A makan hati
B jatuh hati
C iri hati
D ambil hati



24 Kejayaan pemain squash Nicol David telah menjadi

_______________________ rakyat Malaysia.
A buah tangan
B buah mulut
C buah hati
D buah pena



25 ___________________Puan Bee Lian   apabila mendapat berita bahawa suaminya

telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
A Makan hati
B Hancur hati
C Besar hati
D Jatuh hati



26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah

rumah kosong.
A Air muka
B Ada hati
C Ada harapan
D Air tangan



27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan

tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
A duit hantaran
B duit pecah
C duit raya
D duit kopi



28 Cikgu David  tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui

anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
A ada angin
B atas angin
C naik angin
D khabar angin



29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.

A rambang mata
B lupa daratan
C serkap jarang
D lipas kudung



30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Pengakap Remaja  yang akan diadakan di Hutan Lipur Lentang,Pahang pada minggu depan.
A pasang badan
B pasang telinga
C ambil berat
D ambil hati

No comments:

Post a Comment