Friday 11 December 2015

STRUKTUR AYAT

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID


STRUKTUR AYAT
____________________________________________________________

bulletSesuatu  ayat  terdiri daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
 
Subjek Predikat 
Mereka itu
Masjid itu
pegawai polis

besar

bulletDalam Bahasa Melayu, terdapat empat jenis ayat: ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.



bulletAyat penyata ialah ayat yang menyatakan sesuatukan cerita, benda atau kejadian.
bulletContoh: Ali seorang budak lelaki.

bulletAyat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara.
bulletContoh: Adakah Ali seorang budak lelaki?

bulletAyat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, menjemput atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
bulletContoh: Ali, tolong lapkan meja ini.

bulletAyat seruan merupakan ayat yang digunakan untuk mengeluarkan perasaan takut, marah, hairan dan sebagainya.
bulletContoh: Wah, cantiknya rumah ini!
 

No comments:

Post a Comment