Friday 11 December 2015

PERIBAHASA

  KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

PERIBAHASA
Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. 
Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.


Contoh:
                         Peribahasa                                                          Maksud
Ada air, adalah ikan.Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.
Sebelum ajal berpantang maut.Tidak akan mati sebelum tiba ajalnya.
Rujukan:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peribahasa&d=11
https://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa
http://sosiolinguistikdihati2012.blogspot.my/2012/04/peribahasa-moden.html

No comments:

Post a Comment