Thursday 10 December 2015

KATA KERJA TRANSITIF

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KATA KERJA 
_______________________________________________________________

KATA KERJA TAK TRANSITIF


1.       Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

2. Kata kerja tak transitif  tidak mempunyai penyambut (objek)

3. Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain.

4.      Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. 

Contohnya:
 (a) Ravi belum datang lagi. 
(b) Murid-murid sedang belajar. 
(c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ i’
di hujungnya.

Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Penerangan ayat
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.

2. Anjing itu sedang tidur.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah


No comments:

Post a Comment