Friday 11 December 2015

PENANDA WACANA

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

PENANDA WACANA

·                     Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang menghubungkan ayat.
·                     Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perengan yang baru supaya ayat-ayat menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya.

PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah kata yang digunakan untuk mengaitkan ayat dengan ayat yang lain.  Biasanya, penanda wacana digunakan dalam karangan untuk menunjukkan pertautan idea, urutan isi, ayat dengan ayat dan juga perenggan dengan perenggan. Penggunaan penanda wacana yang sesuai dapat melahirkan ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna.
Penanda Permulaan Karangan
  1. Pada era globalisasi ini
  2. Pada zaman pascakemerdekaan ini
  3. Dalam meniti arus kemodenan ini
  4. Dewasa ini
  5. Pada masa ini
  6. Kini
  7. Dasawarsa ini
  8. Sejak akhir-akhir ini
  9. Sejak sedekad yang lalu
  10. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan
  11. Kebelakangan ini
Penanda Memulakan Isi Baharu
  1. Selain itu
  2. Di samping itu
  3. Sementara itu
  4. Lebih-lebih lagi
  5. Dalam pada itu
  6. Lain daripada itu
  7. Pada waktu/ masa yang sama
  8. Seterusnya
  9. Selanjutnya
  10. Dalam masa yang sama
Penanda Huraian Isi Karangan
  1. Hal ini berlaku kerana
  2. Hal ini terjadi kerana
  3. Hal ini disebabkan oleh
  4. Hal ini wujud akibat daripada
  5. Hal ini bersangkut paut dengan
  6. Hal ini berpunca daripada
  7. Hal ini tercetus apabila
  8. Hal ini timbul apakala
Penanda Memberi Contoh Dalam Karangan
  1. Misalnya
  2. Contohnya
  3. Sebagai contoh
  4. Tamsilnya
  5. Sebagaimana yang kita sedia maklum
  6. Antaranya termasuklah
Penanda Menghuraikan Contoh
  1. Hal ini mengakibatkan
  2. Hal ini menyebabkan
  3. Oleh itu
  4. Oleh hal yang demikian
  5. Oleh sebab itu
  6. Jelaslah bahawa
  7. Oleh yang demikian
  8. Dengan demikian
Penanda Menutup Isi
  1. Kesannya
  2. Natijahnya
  3. Akibatnya
  4. Akhirnya
  5. Dengan itu
  6. Dengan berbuat demikian
  7. Dengan keadaan sedemikian
  8. Kesudahannya
Penanda Menulis Dua Huraian Dalam Satu Ayat
  1. bahkan
  2. malah
  3. malahan
  4. tambahan pula
  5. sementelahan
  6. sekali gus
  7. di samping
  8. begitu juga
Penanda Memulakan Perenggan Penutup
  1. Kesimpulannya
  2. Secara tuntas
  3. Sebagai penutup wacana
  4. Sebagai penghias bicara akhir
  5. Sebelum mengakhiri wacana ini
  6. Secara keseluruhan
  7. Sebagai kesimpulan
  8. Untuk merumuskan
  9. Tegasnya
  10. Akhir kata
Penanda Menerangkan Huraian Atau Pendapat Yang Berbeza
  1. Walau bagaimanapun
  2. Namun demikian
  3. Dari perspektif/ sudut yang berbeza
  4. Jika dilihat dari sudut lain
  5. Dengan lain kata
  6. Dari sudut lain
  7. Di sebalik itu
  8. Dalam pada itu
  9. Sebaliknya
  10. Walaupun
  11. Walaupun demikian
  12. Sungguhpun
  13. Walau bagaimana sekalipun
Penanda Memulakan Atau Memasukkan Peribahasa
  1. Bak kata peribahasa
  2. Bak kata peribahasa Melayu
  3. Bak kata orang tua-tua
  4. Bak kata mutiara
  5. Bak peribahasa
  6. Bak kata cendekiawan
  7. Persis kata peribahasa
  8. Persis kata peribahasa Melayu
  9. Persis kata orang tua-tua
  10. Persis kata mutiara
  11. Persis peribahasa
  12. Persis kata cendekiawan
  13. Hal ini sama dengan peribahasa
  14. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
  15. Fenomena ini dikatakan
  16. Masalah ini sama dengan peribahasa
  17. Saya yakin rakyat Singapura mengenali peribahasa
Rujukan: Penjodoh Bilangan, Bentuk Sapaan, Penanda Wacana dan Peribahasa, Kamarudin Jeon (Siri Kemahiran Berbahasa), DBP


No comments:

Post a Comment