Friday 11 December 2015

KATA GANTI NAMA TAK TENTU



KATA GANTI NAMA TAK TENTU
_____________________________________________________________

  • digunakan untuk menggantikan benda, manusia, masa, tempat atau hal yang tidak khusus.
Kata Ganti Nama Tak Tentu
Penggunaan
Ayat contoh
apa-apa
Untuk menggantikan sesuatu benda atau hal yang tidak tentu.
  1. Dia menurut apa-apa sahaja arahan yang diberikan kepadanya.
  2. Tidak ada apa-apa yang perlu kamu bawa sewaktu mengikuti ceramah motivasi itu nanti.
bila-bila
Untuk menggantikan masa/waktu yang tidak tentu.
  1. Pelanggan restoran akan sampai padabila-bila masa.
  2. "Bom jangka itu akan meletup padabila-bila masa sahaja," kata pegawai polis itu.
mana-mana
Untuk menggantikan nama benda atau tempat yang tidak tentu.
  1. Ambillah mana-mana baju yang kamu berkenan.
  2. Saya mungkin tidak ke mana-manapada cuti semester ini.
siapa-siapa/
sesiapa
Untuk menggantikan nama orang/manusia yang tidak tentu.
  1. Siapa-siapa pun tidak berani tinggal di rumah buruk itu.
  2. Dia tidak menyalahkan sesiapa dalam perkara ini.
Rujukan: http://aazd2012.tripod.com/tutorial_7.htm Abdul Aziz Bin Dahlan
Intitut Perguruan Rajang,Sarawak.

No comments:

Post a Comment