Thursday 10 December 2015

KATA SENDI NAMA 1

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID


KATA SENDI NAMA

  1. Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
  2. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
  3. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
  4. Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
PENGGUNAAN KATA SENDI
KATA SENDI
PENGGUNAANNYA
AYAT CONTOH
di
·         Digunakan untuk tempat.
·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
ke
·         Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
·         Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
·         Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.
1. Mereka akan ke Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke   petang.
3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.
4. Cik Bedah ke surau.
dari
·         Digunakan untuk tempat, arah atau masa.
1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
3. Ely datang dari Kelantan.
daripada
·         Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
1. Surat itu saya terima daripada Yatie.
2. Pensel ini lebih panjang daripadapensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4. Kami memperoleh manfaat daripada
5. Yang dikatakannya berbeza daripada     yang diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri   daripada enam belas orang anggota.
Kepada/ akan/terhadap
Digunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.
1. Devi suka akan rambutan.
2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya.
3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu bapa.


No comments:

Post a Comment