Thursday 10 December 2015

LATIHAN KATA NAMA AM


KELAS PENDIDIKAN KKHAS
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA

LATIHAN BAHASA MELAYU
KATA NAMA AM 

Terdapat 30 soalan  yang perlu dijawab semua.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Harimau  ialah seekor __________ yang garang.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan

2 Kebanyakan penduduk di Kampung Pasir bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi

3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam

4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang

5 __________ Puan Lili yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian

6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor
B askar
C mekanik
D pemandu

8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air

9 Sebahagian __________ tingkap rumah Pak Kamal  telah reput.
A sumpah-sumpah
B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api

10 Nenek Salmah  sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda

11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Korea.
A Budak-budak
B Kanak-kanak
C Lelaki-lelaki
D Pelajar-pelajar

12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan
B Tanah-tanih
C Bukit-bukau
D Kayu-kayan

13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam
B bawah
C tengah
D atas

14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah
B Buku-buku
C Bekas-bekas
D Barang-barang

15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok
rambutan.
A tepi
B atas
C bawah
D belakang

16 Cikgu Ramachandran merupakan bekas __________ di Institut  Perguruan Temenggung Ibrahim .
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa

17 __________ kelapa banyak tumbuh  di tepi pantai Morib.
A Daun
B Pokok
C Pelepah
D Mayang

18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Leman.
A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar

19 Pak Raju menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura

20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Proton Saga buatan __________.
A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China

21 Pada hari __________ yang lalu, Lamsah  dan abangnya menunaikan solat
di Masjid al-Muttaqin  di kampung mereka.
A Isnin
B Rabu
C Ahad
D Jumaat

22 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah
keibubapaan yang disampaikan oleh Dato Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai
B rumah
C dewan
D masjid

23 Kaum __________ diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah sewaktu berbelanja.
A gadis
B isteri
C betina
D wanita

24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________.
A pesawah
B penoreh
C nelayan
D petani

25 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
A pelancong
B pendatang
C rakyat
D murid

26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR tahun lalu.
A motosikal
B basikal
C kereta
D beca

27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Pantai Morib sebagai pusat __________.
A perkhemahan
B pelancongan
C petempatan
D perkampungan

28 Walaupun Nadia  dan Sarah  bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi dengan kuku.
A dia
B kita
C kami
D mereka

29 Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.
A jejantas
B jambatan
C lapangan
D bangunan

30 Nasir merupakan satu-satunya __________ dari kampung ini yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains  Malaysia.
A dekan
B pelajar
C profesor
D pensyarah

No comments:

Post a Comment