Thursday 10 December 2015

LATIHAN KATA GANDA



KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA,JOHOR BAHRU

oleh: Abdul Murad Abd Hamid

_______________________________________________________________________________
LATIHAN KATA GANDA
_______________________________________________________________________________

Nama:_________________________                              Kelas:_____________________

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
A kisi-kisi
B orang-orang
C tupai-tupai
D layang-layang

2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah
selesai ditayangkan.
A riuh-rendah
B gelap-gelita
C porak-peranda
D terang-benderang

3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti
mewarna.
A comot-momot
B koyak-rabak
C serba-serbih
D compang-camping

4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.
A hidup-hidup
B bulat-bulat
C betul-betul
D terang-benderang

5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.
A bebola
B jejari
C dedaun
D kekabu

6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan
Tan Sri P. Ramlee.
A teresak-esak
B terkebil-kebil
C terbahak-bahak
D tergelak-gelak

7 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.
A berkelip-kelip
B berpinar-pinar
C berderet-deret
D berliku-liku

8 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
A dedaun
B kekabu
C bebola
D bebiri

9 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
A dedaun
B kekabu
C bebola
D bebiri

10 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar
langit itu.
A haru-biru
B keluh-kesah
C kusut-masai
D tunggang-langgang

11 Sereena membalut hadiah itu ___________.
A kemas-kemas
B ketat-ketat
C kuat-kuat
D erat-erat

12 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.
A lemah-longlai
B lemah-gemalai
C hiruk-pikuk
D cirit-birit

13 Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak
berbalas.
A tercungap-cungap
B terbahak-bahak
C teresak-esak
D tersipu-sipu

14 Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu
merupakan jalan pintas.
A ulang-alik
B bolak-balik
C mundar-mandir
D lalu-lalang

15 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang
digunakan untuk menyimpan air minuman.
A kekuda
B sesiku
C kekisi
D lelabu

16 Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.
A bersaing-saing
B berbaris-baris
C berluncur-luncur
D berderet-deret

17 Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.
A dedahan
B pepohon
C dedaun
D reranting

18 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.
A jentik-jentik
B pijat-pijat
C anai-anai
D kura-kura

19 Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.
A ulang-alik
B lalu-lalang
C mundar-mandir
D mandi-manda

20 Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.
A kebiru-biruan
B kemalu-maluan
C keanak-anakan
D kemerah-merahan

21 Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang
mengetahuinya.
A lambat-laun
B sorok-sorok
C senyap-senyap
D sayup-sayup

22 Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.
A kusut-masai
B serba-serbih
C comot-momot
D compang-camping

23 Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai
emas kelmarin.
A bertukar-tukar
B berhujah-hujah
C berbalas-balas
D berganti-ganti

24 Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
A riuh-rendah
B lintang-pukang
C kumat-kamit
D lalu-lalang

25 Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat
pemeriksaan kebersihan.
A huru-hara
B remeh-temeh
C kelam-kabut
D kacau-bilau

26 Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya.
A mentah-mentah
B senang-senang
C semua-semua
D betul-betul

27 Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari
tangga semalam.
A terkial-kial
B tersekat-sekat
C terhuyung-hayang
D terhincut-hincut

28 Saya suka __________ di pasar raya Jaya Jusco
A berulang-alik
B meliang-liuk
C bersiar-siar
D membeli-belah

29 Dedaun kelapa __________ ditiup angin sepoi–sepoi bahasa.
A berkibar-kibar
B meliang-liuk
C bersiar-siar
D membeli-belah

30 Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara.
A bergumpal-gumpal
B bersimpul-simpul
C berkepul-kepul
D berketul-ketul


No comments:

Post a Comment