Thursday 10 December 2015

LATIHAN KATA ADJEKTIF

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

___________________________________________________________________

LATIHAN KATA ADJEKTIF
______________________________________________________________________

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah

 
2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1e5gYYY-C1QG6M5Wd63gia6Saw7_i2IZccKs5Ifwms48NqRUawpFmUusDaq4WxxFAt5Qh6uVgjfWyUQHkvNtgSmcGOZxrAiqRN0ojkt7D5HrmOdfwS5VluINTXZolSpXkqj2XTzQ0J3g/s320/BUAH.jpg
 Gambar 1

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
A kelat
B enak
C manis
D masam


 
4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul

 


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyx83QYyXLZsrL4nZOToFMvBwHQ4VpYDOX83AMfd7cOCaQX94J0iGwfZWZWU-thrQv3N_dZMzhHvTH6pdonw1aLGk14zWJIBcSVtHXPomvgvQHBKGLg7-zZLzB1wGMGeBOSuO47IIwFOw/s320/sungai+tercemar.jpg
 Gambar 2

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih

 
6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang

 
7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A sejuk
B damai
C panas
D nyaman

 
8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah

9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A Indah
B Muram
C Kelam
D Sayup

 
10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-gurumereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh

 
11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
A pilu
B mahu
C cemas
D gembira

 
12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang

 
13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing

 
14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring


15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar

 
16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan
C kemalapan
D kepanasan

 
17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk

 
18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram

 
19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.
A pedas
B lebam
C pedih
D panas

 
20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.
A luas
B sempit
C senang
D besar

 
21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya
petang tadi.
A menggelupas
B menggerutu
C melecur
D melecet

 
22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
yang dikupasnya itu.
A geli
B haru
C kelam
D gundah

 
23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa
kering walaupun berada lama di dalam air.
A kesat
B telap
C telus
D kalis

 
24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah
lagi hari sudah larut malam .
A terkilan
B runsing
C murung
D sengsara

 
25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .
A pelik
B gawat
C runsing
D rencam

 
26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak
wangi yang ________ itu .
A busuk …tengik
B hanyir… wangi
C hapak … harum
D hancing …mersik


27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan
oleh biduanita itu .
A ghairah
B asyik
C tekun
D leka

 
28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .
A becak
B lembik
C lembap
D bengkok

 
29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.
A serong
B bengkok
C bongkok
D condong

 
30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .
A jauh
B cepat
C dekat
D nyaris


No comments:

Post a Comment