Thursday 10 December 2015

KATA KERJA TRANSITIF

KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TAMAN SUTERA
OLEH: ABDUL MURAD ABD HAMID

KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
_______________________________________________________________________________
KATA KERJA TRANSITIF
___________________________________________________________

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada penyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.


Contoh:
Nasir                 menjemur          baju
(Pembuat )         (kata kerja)         (objek)

Latihan 1-    Isi tempat kosong dengan kata kerja yang betul

1.      Emak _____________  nasi
2.      Posmen_____________surat
3.      Polis______________keselamatan
4.      Nelayan_____________ ikan
5.      Peniaga_____________ barangan

menjaga
menghantar
memasak
menangkap
menjual


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.       Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
        ~{mendengar ialah kata kerja transitif
       ~ {radio ialah objek (kata nama}

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

2. Perempuan itu menjual sayur.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Contoh ayat:

(a)      Pak Abu menjala ikan.
(b)     Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)      "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)     Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)      Untuk memperbaiki mutu lakonan,  anda perlu selalu berlatih.
(f)      Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu



No comments:

Post a Comment